BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 25 Januari 2011

PETUA KECANTIKAN MEY!!!!!!!

  • Topeng Muka Tomato
Amat sesui sekali bagi jenis kuit muka yang normal. Caranya, potong sebiji tomato segar kepada dua belah belahan. Dan kemudian secara perlaha-lahan dan lembut anda gosokkan kedua-dua belahan muka anda secara membulat pada keseluruhan muka tersebut. Selepas itu biarkan seketika agar muka anda kering dalam beberapa waktu. Setelah selesai anda basuhlah muka anda itu dengan bersih. Lihatlah hasilnya selepas itu menakjubkan!
  • Topeng Muka Telur Putih
Topeng muka yang bersumberkan dari bahagian putih telur ini sebenarnya dapat memperbaiki warna kulit muka anda. Caranya adalah basuh kedua tapak tangan anda sebersih-bersihnya. Pecahkan telur (ambil bahagian putihnya sahaja). Kemudian urutkan putih telur tersebut ke serata muka anda. Biarkan ia benar-benar kering sebelum dibasuh bersih. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.
  • Topeng Muka Pic Bermadu
Kelihatan memang menyelerakan. Apalagi tika melihatkan topeng ini dibuat dari paduan buah pic segar bersama madu..Caranya, lumatkan sebiji buah pic yang telah dibuang kulitnya. Kemudian, campurkan pula 3 sudu kecil madu dan 2 sudu besar yogurt sekali bersama buah pic yang telah dilumatkan tadi.
Kacau sehingga sebati. Setelah itu lumurkan ramuan tadi pada keseluruhan muka anda termasuklah di bahagaian leher dan mata. Baring dan buang semua perkara yang merungsingkan dari kepala seketika. Setelah ia kering anggaran dalam 10 ke 15 minit, anda bersihkanlah muka anda itu dengan air suam.
  • Topeng Muka Timun
Topeng muka ini amat sesuai untuk sebarang jenis kulit muka. Bagi mendapatkan kesan yang diinginkan, gunakanlah topeng muka timun ini untuk seminggu sekali untuk mendapat hasil yang diinginkan. Caranya, kisar oat bersama 1 sudu besar bijirin gandum sehingga ia menjadi serbuk yang halus.
Kemudian campurkan pula 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar “whipping cream”, 1 1/2 sudu besar jus lemon, 1 sudu besar yogurt, 1 sudu besar daun pudina dan 1/2 batang mentimun yang sudah dipotong dadu. Kisar sehingga ramuan tersebut sebati. Kemudian sapukan ramuan tadi pada muka anda yang telah dibersihkan dahulu dan biarkan ia kering antara 10 hingga 15 minit.Bolas dan keringkan muka anda seperti biasa

Isnin, 24 Januari 2011

jika diukur cinta dan kasih eyka kepada faiz tak terukur
lebih dalam dari 7 lautan
lebih bnyk dari butiran pasir
lebih tinggi dari gunung yang tiada kemuncak
rindu yang ada dalam hati eyka terhadap faiz
rindu yang sentiasa merah
dapat mencairkan ketulan ais di lautan


rindu itu anugerah
cinta itu pengorbanan
kasih eyka kepada faiz memang tiada penghujung
faiz cuma satu
jika mereka berpisah itu satu mala petaka kepada cinta agung ini
 


Jumaat, 21 Januari 2011

MIMPI!!!

HAHAHAHA...sengal ciot.. td aku mimpi mia.. Dalam mimpi 2 dy x nak blik umah coz nak ikot aku.. ciap dy pnggil aku ibu..bodoh ciot..MIMPI YG SNGAT BODOH..
HAHAHAHA..
comel giler la mia 2..
lau dpt jd adk aku kn bez..
HAHAHA
(poyo)
COMEY KN DY????
URRRMMMMMM...smlm plk aku jtoh moto..
sakit ngok,kple trhntak.. nseb bek aku x biol..
hehehehehe
apak n mak aku gelak kan je
urmmm..
DUGAAN...............DUGAAN....

Khamis, 20 Januari 2011

wanita

Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan... Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan... Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi, selamatkan dan sempurnakanlah dirinya... Dekatkan dirinya kepada Allah SWT... Nescaya akan dipermudahkanlah Allah SWT kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali K.W.